NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Formula terkini Rafizi, mahal pun pengguna bersedia beli.

Rafizi berkata, ketika ini biarpun harga barangan terus meningkat pengguna dilihat masih bersedia membayar pada harga yang ditawarkan oleh pembekal
PUTRAJAYA: Pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Beliau berkata, ketika ini biarpun harga barangan terus meningkat pengguna dilihat masih bersedia membayar pada harga yang ditawarkan oleh pembekal.

Katanya, satu kategori perbelanjaan yang paling mempengaruhi inflasi adalah harga barangan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu kumpulan perbelanjaan yang paling besar bagi isi rumah.

"Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga.

"Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun.

"Sewajarnya jika harga ayam itu sudah terlalu mahal kita tidak membelinya," katanya pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022, di sini, petang ini.
( Hide )
  1. Keperluan makanan rutin.mahal pon terpaksa beli untuk meneruskn kelangsungan hidup.kalu ada makanan rutin yang lbh murah,org ramai akn beralih kpd barang yg lbh murah.mslhnya skrg tiada yg murah melainkn semua mahal.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo