NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir kilat 3 bulan berturut-turut di Penang, sebab rakyat pilih DAP?

Macai2 PHBN kata di Kelantan dan Terengganu tu banjir sebab rakyat pilih PAS sebagai kerajaan...kononnya sebab penebangan hutan, tak buat persediaan bla bla bla...

tapi di Pulau Pinang, dalam 2022 ni 3 bulan berturutan beberapa kawasan di Pulau Pinang, negeri yg ditadbir oleh abang besaq PHBN dilanda banjir kilat....

Depa tebang balak kat mana hingga boleh banjir???...

Aku teringat lagi pada 2017 lalu, banjir buruk melanda Pulau Pinang hinggakan lim guan eng yg ketika itu KM menelefon najib (PM) pada pukul 3 pagi bagi meminta bantuan segera...ini pengakuan dari najib, bukan aku reka cerita...

Masa kempen pilihanraya, depa pernah kata bagi depa 1 penggal sahaja, masalah banjir akan diselesaikan...tapi ini dah berapa penggal???... banjir masih berlaku di negeri tadbiran depa sedangkan di Pulau Pinang tu tak pernah kita nampak lori balak keluar masuk...ertinya tiada aktiviti pembalakan yg boleh disalahkan sebagai punca banjir, tapi kenapa masih berlaku banjir???...
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa negeri2 Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh dikatakan setiap tahun, mulai bulan November akan mengalami peralihan cuaca yang membawa angin dan hujan lebat atau dikenali sebagai musim tengkujuh...pada masa sama, negeri2 di Pantai Barat termasuk Kedah dan lain2 negeri akan mengalami kemarau atau orang Kedah panggil sebagai 'angin timur'...
Cuma pada tahun ini, jangkaan oleh Jabatan Meteorologi bahawa angin dan hujan akan lebih dari biasa yg boleh mengakibatkan banjir lebih buruk....itulah sebab PAS menolak utk mengadakan pilihanraya kerana ia bakal merencatkan persediaan2 menghadapi banjir khususnya jika berlaku perubahan pentadbir kerajaan...bahasa mudahnya jika naik orang baru, segala yg dah disusun nak dirombak dan ini akan menjejaskan tugas2 menghadapi bencana...
Bagi aku, banjir yg berlaku kerana semulajadi spt di Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang tu tak perlu dipolitikkan...sebaliknya banjir kilat yg berlaku kerana kegagalan pengurusan sistem perparitan spt di kawasan bandar yg xda kena mengena dgn aktiviti pembalakan atau kedudukan geografi boleh dilihat pada sudut politik kerana ia seringkali juga dijadikan janji politik....

alfaqir ilallah ppk
28 Jamadil Awal 1444H
22 Disember 2022M

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo