Dalam satu temu bual eksklusif, Westreich memberitahu The Sun: “Saya rasa Elon (Musk) telah merawat rambut, mata dan kulit di bawah lehernya. Pada awal tahun ini, dia kelihatan ganjil yang mana anda boleh melihat jenis bengkak yang anda akan dapat selepas menjalani ‘neck lift.’.
“Sejak itu dia pulih, dan nampaknya tidak ada bengkak aneh di bawah lehernya lagi.
“Kemungkinan operasi ‘neck lift’ menelan belanja sehingga sekitar AS$60,000 (RM265,500) tetapi dia juga mungkin telah mencuba mencantikkan kulit di bawah mata yang mungkin merupakan pemindahan lemak (dan) berharga sekitar AS$10,000 (RM44,250).”
‘Neck lift’ ialah prosedur kosmetik yang bertujuan untuk mengurangi lemak dan kulit berlebihan di sekitar rahang.
Menurut Westreich, bentuk garis rambut Musk kelihatan telah berubah sekurang-kurangnya sebanyak empat kali sepanjang tahun yang akan menelan kos sekitar AS$40,000 (RM177,000).
Spekulasi mengenai wajah pemilik Twitter yang sudah berubah itu telah tersebar sebelum ini dan sebahagian besarnya tertumpu kepada pembedahan rambut dan rahangnya yang mana Musk tidak mengesahkan atau menafikannya.
Pengasas kenderaan elektrik Tesla berusia 51 tahun itu mempunyai anggaran kekayaan lebih AS$160 bilion (RM708 bilion) dan jika beliau melakukan pembedahan plastik atau pemindahan rambut, ia cuma melibatkan kos yang sangat kecil. – Agensi
No comments
Post a Comment