NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Dia ada buat perkara tidak patut', Presiden PBSNT buka mulut isu gaji Faisal Halim


KEMELUT
yang melanda naib juara Liga Super 2022, Terengganu FC dilihat tidak berpenghujung selepas bekas pemain, Faisal Halim membuat satu kenyataan umum yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi pasukan itu.

Pemain berusia 24 tahun itu mendedahkan dia kecewa dengan pihak pengurusan Sang Penyu apabila dikenakan denda dengan pemotongan gaji terakhir sebelum penghijrahannya ke Selangor FC.

Tindakan tersebut difahamkan diambil berikutan komen yang dibuat mengenai masa depan bekas ketua jurulatih, Nafuzi Zain bersama kelab itu.

Bagaimanapun, bagi menyelesaikan isu berkenaan, Faisal tidak berhasrat untuk mengeruhkan keadaan dengan membawa isu tersebut ke muka pengadilan, malahan masih terbuka untuk melakukan perbincangan.

LIGA M - 1

Faisal mendedahkan kekecewaannya selepas mengerah keringat sepanjang musim. Facebook/Terengganu FC

Menjawab akan dakwaan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rayuan boleh dibuat terhadap pihak pengurusan.

"Sebenarnya, terdapat sedikit 'miscommunication' di situ dan ada perkara yang berlaku dan dia (Faisal) pun tahu bahawa ada perkara yang tidak patut dibuat.

"Tetapi, perkara itu sudah berlaku dan ada tindakan-tindakan yang ditangguhkan pada peringkat awal sebelum tindakan diambil selepas itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Kongres PBSNT 2022 yang diadakan pada Isnin bagi membincangkan mengenai perkembangan sukan itu di Terengganu baik di peringkat akar umbi mahupun profesional.

Sebelum ini, pemain Harimau Malaya itu mengatakan gajinya dipotong sebanyak 15 peratus selepas pendedahan umum berkenaan, sekali gus mencetus keretakan di antara dia dan pihak pengurusan.

Dalam masa sama, Samsuri yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu berkata, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan baik, namun tidak akan memandang isu tersebut dengan sewenang-wenangnya.

"Kita nak selesaikan dengan baik kerana kita perlu sedar apa yang salah, tetap salah. Tetapi, insya-ALLAH, ia tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap pasukan," katanya.

Musim lalu, Faisal menjadi antara tonggak utama pasukan dengan menjaringkan enam gol dan mencipta sembilan 'assist' dalam 20 aksi Liga Super, sekali gus membantu Terengganu FC layak ke Piala AFC 2023. — Majoriti


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo