NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : 1,616 kes baru, empat lagi kematian

Sebanyak 1,616 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,006,855.

Jumlah kes aktif sebanyak 21,473, menurun 20.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (474)
W.P. Kuala Lumpur (154)
Sarawak (145)
Pulau Pinang (130)
Kedah (104)
Melaka (96)
Negeri Sembilan (83)
Sabah (82)
Perak (77)
W.P. Putrajaya (75)
Kelantan (51)
Pahang (44)
Terengganu (42)
Johor (30)
W.P. Labuan (19)
Perlis (10)

Sebanyak empat lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes mati ketika dibawa ke hospital.

Sejak minggu lepas, purata 6.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.6, yang menunjukkan pola menurun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,742 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,324 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dimana 81 sedang mendapat rawatan rapi.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo