NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan Najib tapi Jho Low beri nama kod akaun peribadi PM – Saksi


“Saya agak terkejut apabila diberitahu Perdana Menteri (Najib) mahu membuka akaun bank dengan kami (Ambank). Ini kerana Perdana Menteri yang sebelum-sebelum ini akan menggunakan perkhidmatan bank seperti CIMB atau Maybank setahu saya,” kata Joanna.KUALA LUMPUR – Akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak yang berakhir dengan 694 diberi nama kod AmPrivate Banking – MR itu adalah idea Low Taek Jho atau Jho Low.

Saksi pendakwaan ke-41 kes penyelewengan dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri itu, Joanna Yu Gan Ping mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bukan permintaan Najib untuk menggunakan nama kod bagi penggunaan akaun peribadi di Ambank.

Bekas Pengurus Perhubungan di bank itu berkata demikian ketika peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib menyoal balas berkaitan pembukaan akaun peribadi Ambank itu hari di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

“Saya agak terkejut apabila diberitahu Perdana Menteri (Najib) mahu membuka akaun bank dengan kami (Ambank). Ini kerana perdana menteri yang sebelum-sebelum ini akan menggunakan perkhidmatan bank seperti CIMB atau Maybank setahu saya,” katanya hari ini.

“Anda terima sahaja apa yang dikatakan oleh Jho Low yang beliau mewakili Najib dan hendakkan nama lain bagi akaun 694 itu?” soal Muhammad Shafee.

Perkara itu dipersetujui oleh Joanna Yu.

Sebelum ini dalam prosiding terdahulu, Joanna juga mendedahkan Jho Low pernah meminta akaun itu diklasifikasikan sebagai ‘terlalu sulit’ iaitu bukan mudah untuk mendedahkan nama peribadi pemiliknya kepada sesiapa atau sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada sistem akaun di cawangan bank.

“Saya masih ingat dimaklumkan oleh bekas Pengarah Urusan AmBank, Cheah Tek Kuang bahawa perkara ini (nama kod) telah dimaklumkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia pada ketika itu,” kata Joanna.

Prosiding akan bersambung esok pagi.

Najib sedang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. -MalaysiaGazette


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo