NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan hari ini, tapi semalam murid duduki ujian Kafa dalam banjir, kata bomba


PETALING JAYA:
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menjelaskan video tular sekumpulan murid menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dalam banjir berlaku semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, hasil pemantauan mendapati banjir kilat kira-kira 4.30 petang itu akibat hujan lebat berterusan lebih sejam di Kajang.

“Ia melibatkan 64 murid berumur 11 tahun yang sedang menduduki UPKK yang dipantau 8 guru penjaga peperiksaan.

“Keadaan terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, air surut sepenuhnya kira-kira 7 petang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, sekolah itu terletak di kawasan rendah yang sering dilanda banjir kilat.

“Banjir kilat hanya melibatkan kawasan sekolah,” katanya sambil menambah paras air semalam setinggi 0.6m.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo