NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN menang tipis 573 undi di DUN Tioman, sebagai penyadang kerusi ini bukan berita baik


Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti 573 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman. Sebagai penyadang kerusi berkenaan kemenangan ini bukan pertanda baik dengan kehadiran pengundi yang rendah.

Beliau memperolehi 8,080 undi bersamaan 48.95 peratus daripada keseluruhan undi dalam persaingan lima penjuru itu.

Sementara itu, Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi 7,507 undi atau 45.47 peratus.


Tiga calon lain iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 784 undi (4.75 peratus) sementara Osman Bakar dari Parti Pejuang pula mendapat 79 undi (0.48 peratus).

Sulaiman Bakar yang juga calon Bebas pula mendapat 58 undi atau bersamaan 0.35 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 28,465 pengundi layak mengundi dalam pemilihan bagi kerusi DUN itu dengan peratusan keluar mengundi adalah 57.99 peratus.

SPR berkata, 16,508 undi diterima dengan 91 ditolak.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo