NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri minyak yang miskin balik mengundi salah, rasuah jawatan PH tak apa.. Anwarkan suci


Kerajaan Anwar-Kleptokrasi hari ini menghalalkan semua perbuatan mereka dan menggunakan jentera kerajaan, SPRM dan polis menekan pihak pembangkang.



KULIM:
Ketua Setiausaha Pakatan harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan beliau melakukan kesalahan pilihan raya dengan berkata calon Barisan Nasional (BN), C Sivaraj yang menarik diri daripada pilihan raya Padang Serai akan dipertimbangkan jawatan dalam kerajaan.

“Tiada kesalahan pilihan raya di sini. Ia jelas menyatakan tiada syarat atas penarikan diri calon BN. Ia sudah jelas, tidak ada syarat. Apakah kesalahan pilihan raya di sini?” soalnya.

Saifuddin ditanya sama ada beliau melakukan kesalahan pilihan raya ketika berucap dalam ceramah di Lunas pada Ahad lalu bahawa ada tempat untuk tokoh muda seperti Sivaraj dalam kerajaan.

Sivaraj, yang juga naib presiden MIC, menggantung kempennya Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada calon PH, Sofee Razak.

Saifuddin berkata, kemungkinan Sivaraj dipertimbangkan jawatan dalam kerajaan bukan syarat untuk pemimpin MIC itu menarik diri daripada pilihan raya Rabu ini.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya, sebarang dorongan kepada calon untuk menarik diri daripada bertanding dianggap tindakan rasuah dan boleh dihukum sehingga dua tahun penjara, denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin mengecam Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang terus mendakwa ada cubaan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Katanya, Anwar sudah menegaskan undi percaya akan diadakan di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini untuk membuktikan beliau memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Jadi, kita akan selesaikan di Parlimen. Tidak perlu membuat kenyataan yang sudah pasti menyebabkan rakyat kecewa,” katanya.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo