NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Baru 10 tahun sudah pandai hisap ganja, masyarakat mula bimbang

BANGKOK: Orang ramai menzahirkan kebimbangan mengenai golongan kanak-kanak di negara ini selepas beberapa imej yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun menghisap ganja di Pantai Pattaya, timur Thailand tular dalam media sosial.

Kerajaan Thailand sebelum ini membenarkan penggunaan ganja sebagai rekreasi, menyaksikan penduduk negara ini boleh menjual dan menanam ganja.

Hanya satu peraturan yang ditetapkan itiu ganja tidak boleh dijual atau digunakan oleh mana-mana penduduk berusia bawah 20 tahun.

Namun, peraturan itu dilihat tidak menyeluruh apabila dadah tersebut boleh didapati di merata tempat, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong sehingga memudahkannya digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Imej tersebut dipercayai dikongsi seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Krittiwat Matrong.

Katanya, dia terserempak dengan kumpulan kanak-kanak itu ketika mahu menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan pantai berkenaan.

Pada mulanya, dia menyangka mereka hanya bermain dan bergurau.

Namun, sangkaannya meleset apabila dia menghampiri kumpulan kanak-kanak itu dan mendapati mereka benar-benar menghisap ganja menggunakan ‘bong’ yang diperbuat daripada buluh.

Krittiwat cuba menasihati mereka jangan menghisap ganja kerana usia mereka yang masih muda, namun seorang daripada kanak-kanak tersebut menjawab ‘kami tidak takut dengan anda, kami boleh buat apa sahaja’.

“Amat menyedihkan bila melihat kanak-kanak seawal usia sembilan tahun sudah pandai menghisap ganja.

“Adakah ini generasi yang kita mahu untuk majukan negara? Selain itu, perbuatan mereka hanya burukkan imej Pattaya sebagai lokasi pelancongan dunia,” ujarnya. - Utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo