NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Kelantan makin buruk, 25,514 mangsa dipindahkan di 9 daerah

Seorang penduduk Kampung Wakaf Stan menaiki bot meredah banjir setelah berpindah ke PPS untuk melihat rumahnya yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu. - BERNAMA


KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat dengan mendadak kepada 25,514 orang setakat jam 9.30 malam ini, berbanding 12,415 orang petang tadi.

Mereka membabitkan 7,294 keluarga yang ditempatkan di 138 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Jeli, Bachok, Tumpat dan Kuala Krai.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan berkata, mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai iaitu 7,108 mangsa daripada 2,355 keluarga yang ditempatkan di 32 PPS.

Daerah Tumpat pula merekodkan 4,442 mangsa daripada 1,256 keluarga di 13 PPS, diikuti Pasir Puteh (3,685 mangsa daripada 989 keluarga di 14 PPS) dan Kuala Krai (3,132 orang daripada 836 keluarga di 22 PPS).

Selebihnya, mangsa direkodkan di Kota Bharu (3,028 mangsa daripada 699 keluarga di 22 PPS), Tanah Merah (1,637 orang, 501 keluarga di 17 PPS), Machang (1,032 mangsa, 293 keluarga di sembilan PPS), Bachok (1,030 mangsa, 257 keluarga di enam PPS) dan Jeli (420 mangsa daripada 108 keluarga di tiga PPS).

Sementara itu, laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.mymerekodkan tujuh sungai utama di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.79 meter (m) berbanding paras normal 5.00m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.78m, diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat (3.04m), Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok (9.50m), Sungai Nal, Kuala Krai (29.24m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.46m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (40.79m).

Dua sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Lanas di Jeli (29.34m) dan Sungai Pergau di Jeli (55.43m), manakala tiga sungai melepasi paras berjaga-jaga.

Sehingga malam ini, terdapat 40 jalan ditutup selepas dinaiki air iaitu 16 di Pasir Mas, tujuh di Pasir Puteh, tujuh di Machang, masing-masing empat di Kuala Krai dan Pasir Puteh serta dua di Tumpat.

Antara jalan ditutup termasuk Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang di Pasir Mas, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Tanah Merah.


Sumber I BH I Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo