NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di Terengganu: 6,356 mangsa berlindung di 47 PPS

Mangsa banjir mula kembali ke rumah masing-masing untuk membersihkan perabut dan rumah selepas paras air mulai surut di Kampung Durian Mentangau hari ini. - BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Seramai 6,356 mangsa banjir daripada 1,785 keluarga masih berlindung di 47 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini.

Jumlah itu berkurangan dibandingkan 9,857 mangsa daripada 2,695 keluarga yang direkodkan kira-kira jam 2 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, Kuala Nerus masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 2,476 orang daripada 638 keluarga yang masih berlindung di 12 PPS.

Di Hulu Terengganu pula, seramai 1,288 mangsa daripada 482 keluarga masih berlindung di tujuh PPS sehingga 8 malam ini .

Mangsa banjir di Kuala Terengganu seramai 1,065 daripada 299 keluarga di enam PPS, diikuti daerah Dungun membabitkan 825 mangsa daripada 127 keluarga di sembilan PPS.

Di Besut, seramai 499 mangsa daripada 127 keluarga ditempatkan di sembilan PPS, manakala 2,477 mangsa daripada 638 keluarga berlindung di 12 PPS di Kuala Nerus.

Daerah Marang masih kekal seramai 27 orang terdiri daripada pelajar sebuah madrasah.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo