NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar patut sedar ada projek perlu rundingan terus

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menganggap semua projek melalui rundingan terus sebagai tidak teratur terutama membabitkan projek perlu disegerakan serta kecemasan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebagai Menteri Kewangan, Anwar sepatutnya mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan bukanlah satu kesalahan perolehan.

Beliau yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, berkata Anwar tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan mendapat kerugian lebih banyak. 

"Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tender terpilih khususnya yang membabitkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain. Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan.

"Selain KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air), semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini. Anwar memaklumkan pegawai di Kementerian Kewangan itu juga sudah diminta untuk meneliti semula kelulusan yang diberikan bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, bercakap kepada BH, Tuan Ibrahim berkata sebagai Perdana Menteri, Anwar sepatutnya membuat siasatan terperinci sebelum mengeluarkan tuduhan berlakunya salah urus sesuatu projek yang dilaksanakan. 

"Peruntukan RM15 bilion sudah dibentang oleh Perdana Menteri yang lalu bagi menyegerakan tindakan untuk mengatasi banjir setiap tahun yang dianggarkan kerugian bilion ringgit. 

"Namun satu pun belum diluluskan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada mana-mana syarikat. Semua proses pertimbangan oleh Kementerian Kewangan bagi meneliti hal berkenaan. 

"Anwar sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada bekas Menteri Kewangan yang ada dalam Kabinet kini. Saya tegaskan tiada satu pun projek yang diluluskan melanggar peraturan atau berlaku ketidakpatuhan kepada prosedur kewangan," katanya.


Sumber | BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo