NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar hadap Agong 8 pagi


PETALING JAYA
: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 8 pagi Jumaat.

Tanpa mendedahkan perkara yang bakal dibangkitkan ketika menghadap Agong pagi nanti, pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, perbincangan mengenai pelantikan barisan Jemaah Menterinya hampir selesai dan berharap pengumuman dapat dibuat dalam masa terdekat.

“Saya mohon maaf, terpaksa bergegas (untuk) selesaikan masalah (isu Jemaah Menteri) dengan semua parti komponen kerana kita harus segera bentuk barisan Jemaah Menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya harap dapat diumum dalam masa dua, tiga hari lagi,” katanya dipetik Bernama dalam Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang.

Anwar dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Perak pada 10 pagi nanti.

Beliau kemudian dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi, menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh.

Isnin lalu, Anwar dilaporkan berkata, pembentukan Jemaah Menteri kerajaan pimpinannya memerlukan perbincangan pelbagai pihak kerana membabitkan banyak parti.

Katanya, proses rundingan juga mengambil masa kerana Jemaah Menteri baharu lebih kecil berbanding pentadbiran terdahulu.

Kerajaan perpaduan Anwar terdiri daripada PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo