NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar belum dapat sokongan padu orang Melayu



BANGI, 1 Jamadilakhir 1444H, Ahad
– Walaupun memperolehi tahap pencapaian memuaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi mendapat sokongan padu daripada kaum Melayu, yang bukan sahaja merupakan kelompok Bumiputera yang terbesar tetapi juga teras kestabilan kepada politik negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sehingga pilihan raya tertunda di kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman baru-baru ini, sokongan orang Melayu terutamanya anak-anak muda masih bersama Perikatan Nasional (PN).

Dengan pengertian lain, katanya, kunci kestabilan politik Malaysia ada pada PN yang merupakan parti pembangkang.

“Diyakini, tanpa kunci kestabilan tersebut iltizam Anwar untuk melaksanakan agenda reformasi sukar untuk dicapai.

“Agenda untuk memberi keadilan kepada rakyat memerlukan usaha besar-besaran membanteras golongan monopoli, kartel, orang tengah, pemain ekonomi gelap, pemberi rasuah dan lain-lain.

“Sama ada disedari atau tidak, golongan-golongan inilah yang begitu bimbang PN/PAS dapat menerajui negara, justeru mereka kuat berpihak kepada lawan PN/PAS,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Berikutan itu, Zuhdi berkata, agenda Perdana Menteri untuk memberi keadilan kepada rakyat boleh menyebabkan beliau hilang sokongan dari golongan monopoli, kartel, orang tengah, pemain ekonomi gelap, pemberi rasuah dan seumpamanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, menjelang tempoh pilihan raya negeri enam bulan akan datang, Pakatan Harapan (PH) akan kehilangan banyak sokongan.

“Mahu tidak mahu, satu hari nanti Anwar tetap memerlukan sokongan daripada pihak yang berupaya membenteras golongan-golongan ini, iaitu PN/PAS.

“Demikian juga, agenda Anwar untuk membersihkan tatakelola kerajaan. Umum menyedari, pihak yang selama ini dituduh oleh PH mencemarkan tatakelola kerajaan sedang berjanji setia dengan Anwar sekarang.

“Secara peribadi, saya masih menganggap pertuduhan-pertuduhan yang dibuat semasa PH memerintah 22 bulan dahulu adalah pendakwaan terpilih. Bagaimanapun, setelah kes-kes itu dibawa ke mahkamah, eloklah diselesaikan menurut tatacara perundangan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan sama ada agenda Anwar untuk membersihkan tatakelola kerajaan berjaya, sekiranya golongan yang terpalit mencemarkan tatakelola itu menjadi penentu kestabilan kerajaan yang diterajui oleh Ahli Parlimen Tambun itu.

“Golongan ini telah ditolak oleh majoriti kaum Melayu, malah turut ditolak oleh penyokong-penyokong parti yang mereka terajui. Sebenarnya Anwar memerlukan sokongan dari majoriti kaum Melayu untuk melaksanakan agenda reformasi, dan sokongan itu ada pada PN,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo