NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar terima pemecatan dengan lapang dada

PETALING JAYA – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, terima pemecatan dirinya daripada UMNO secara berlapang dada.

Perkara itu dimaklumkan melalui catatan di laman Facebook miliknya hari ini yang turut memberitahu telah menerima surat pemakluman perlucutan keahliannya itu daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pada hari ini.

“Alhamdulillah, baru hari ini saya menerima surat makluman perlucutan keahlian UMNO daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Apa pun saya menerimanya secara berlapang dada. Saya ucapkan terima kasih. Insya-Allah, sehari dua lagi saya akan menjawab surat yang saya terima,” katanya.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, turut mempertikai surat yang diterimanya itu tidak menyebut secara spesifik sebab dia dilucutkan keahlian.

“Surat hanya menyebut seksyen-seksyen berkaitan tanpa sebutan spesifik perbuatan atau tuduhan yang berkait dengannya,” katanya.

Terdahulu, pada 9 Disember lalu, Kosmo! melaporkan, Ahmad mengesahkan Annuar antara tiga pemimpin parti itu yang dipecat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO .

Turut dipecat Datuk Seri Shamsiah Yassin yang juga isteri bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abu Talib juga tersenarai. – KOSMO! ONLINE

Komen : Boleh aktif NGO Muafakat Nasional

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo