NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar Musa Memberi Peringatan Kepada Anwar Jangan Singkir Ismail dan Hishamuddin

 


Mengulas mengenai pelantikan kabinet, Annuar mengingatkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu memilih wakil Umno menganggotai kabinet berdasarkan hirarki parti.

Jelasnya, Umno tidak seharusnya dipandang enteng dan keputusan Umno menyertai kerajaan perpaduan harus dihormati bukan saja oleh ahli gabungannya, tetapi juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

"Umno melalui keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat keputusan tuntas menyertai kerajaan perpaduan ini. Ia keputusan parti yang wajar dihormati, bukan saja oleh ahlinya tetapi juga oleh Anwar yang mengetuai kerajaan perpaduan.

"Umno tidak harus dipandang enteng atau 'to be taken for granted'. Umno juga tidak harus diterima separuh separuh. Umpama semangkuk gulai, jangan kuah diambil tapi isi nak dibuang.

"Justeru, pemilihan wakil Umno dalam kerajaan wajar mengikut keutamaan hirarki partinya dan dengan redha kepimpinannya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Anwar dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas mendapat sokongan BN, GPS, GRS serta Warisan bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Selepas pembentukan kerajaan perpaduan, tumpuan kini terarah kepada pembentukan barisan anggota Kabinet.

Nama Ahmad Zahid dispekulasikan sebagai calon timbalan perdana menteri daripada Umno.

Annuar yang juga bekas ahli Parlimen Ketereh, sebelum ini antara pemimpin Umno yang lantang mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan selepas PRU ke-15 yang menyaksikan keputusan terburuk BN.

Annuar juga lantang mengkritik Ahmad Zahid yang membawa BN bekerjasama dengan PH.

Sementara itu, dalam kenyataan sama hari ini, Annuar menyatakan keyakinan perdana menteri mampu menyelesaikan pemilihan anggota kabinet dengan baik.

“Yang penting perdana menteri perlu mempunyai pasukan berkerja yang mantap dan berwibawa.

"Rakyat menanti sesuatu yang baik untuk semua. Sudah lama rakyat menanti," katanya.


 


 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo