NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Pas boleh sertai Muafakat Nasional - Mohd. Amar


KOTA BHARU:
Ahli Pas boleh menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ahli Pas dibenarkan untuk menyertai MN selagi ia bergerak sebagai sebuah NGO.

“Jika menyertai sebuah NGO tiada masalah. Apa yang tidak dibolehkan dari segi peraturan Pas adalah menyertai parti lain kerana keahlian mereka akan gugur secara automatik jika berbuat demikian.

“Tetapi jika mereka menyertai NGO seperti MN atau mana-mana persatuan tidak menjadi masalah. Setakat ini kita lihat MN belum ada sebarang pertembungan dengan Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memaklumkan bahawa setakat ini belum ada sebarang arahan untuk menghalang ahli-ahli Pas menyertai MN.

Pada 12 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan Annuar Musa memaklumkan MN telah menerima lebih 10,000 ahli dalam tempoh beberapa jam keahlian NGO berkenaan dibuka.

Annuar dilaporkan berkata, perkembangan itu menyebabkan beliau merasa suatu kekuatan baharu untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.-UTUSAN


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Aku risau satu aje dgn org2 umno ni iaitu takut matlamatnya nk buat lari ahli2 pas masuk muafakat nasional. bknnya blh caya dgn pyamun, perasuah, dan pgkhianat agama, bgsa dan negara dr dulu lg selama 62 thn tu. Bila dh hilang jawatan dgn gaji, baru nk mggelabah sakan. Masa duduk dlm BN syok dk makan gaji dan jawatan. Nk bersuara pun tk berani.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo