NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adly Zahari mulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah akan membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudi kementerian itu.

Adly yang tiba kira-kira pukul 3.10 petang di Dataran Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini, disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd. Aziz.

Turut bersama menyambut beliau ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Adly kemudian menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Beliau seterusnya mengimbau cap jari perakam waktu sebelum melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Pertahanan. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo