NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah penangguhan perlantikan Ahmad Jaslan permainan politik licik Anwar untuk u-Turn?


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa pelantikan semula bekas ahli parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob, sebagai pengerusi Felcra telah ditangguhkan.

Mengenai pelantikan politik pula, Anwar berkata kedudukan Ahmad Jazlan yang diumum dipilih sebagai pengerusi Felcra ditangguhkan dan keputusan tersebut sudah disampaikan kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 17 Dis lalu Ahmad Zahid mengumumkan kerajaan melantik semula Ahmad Jazlan ke jawatan pengerusi agensi terbabit dan ia dibuat dua hari selepas Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengeluarkan arahan agar semua lantikan politik sebelum ini ditamatkan serta-merta.

Ahmad Jazlan dianggap salah seorang pengikut setia Ahmad Zahid dalam Umno.

Anwar menjelaskan, dia sebenarnya tidak menentang sepenuhnya pelantikan ahli politik dalam agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Saya tidak pernah kata mana-mana ahli politik tidak boleh terlibat dalam pengurusan (GLC).

"Bagaimanapun ini tertakluk kepada terma dan mereka mesti mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan.

"Mungkin ada beberapa pemimpin politik atau ahli parlimen yang ditugaskan (mengetuai agensi berkaitan) tetapi kami telah menetapkan bahawa ia mesti berdasarkan keupayaan profesional mereka, prestasi sebelum ini, dan pematuhan peraturan," katanya.

........
Komen: Jangan hairan selepas ini perlantikan ahli politik dilantik secara senyap rakyat pun sedar... akhirnya Anwar berjaya menipu rakyat.. PH kencing


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo