NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1,649 kes baru, korban Covid meningkat 16

Sebanyak 1,649 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan wabak itu di negara ini bertambah kepada 5,003,557.

Jumlah kes aktif sebanyak 21,758, menurun 20.0 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 530
Sarawak: 170
Kuala Lumpur: 170
Melaka: 126
Kedah: 116
Kelantan: 92
Pulau Pinang: 87
Sabah: 79
Perak: 59
Negeri Sembilan: 42
Pahang: 42
Johor: 40
Terengganu: 34
Putrajaya: 34
Labuan: 20
Perlis: 8

Sebanyak 16 lagi kematian dilaporkan, dengan 8 kes mati ketika dibawa (BID). Kedah mencatat tujuh kes, diikuti tiga di Selangor, Pahang dan Perak masing-masing dua kes, manakala Johor dan Sabah satu kes.

Sejak minggu lepas, purata 9.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.8, yang menunjukkan trend menurun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,732 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sementara itu seramai 1,414 pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 101 sedang mendapat rawatan rapi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo