NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 NGO liberal dan Pro PH gesa Suhakam buat penilaian impak pindaan enakmen jenayah syariah Terengganu

10 NGO termasuk Sisters in Islam (SIS), All Womens Action Society (AWAM) dan Justice for Sisters (JFS) menyatakan kebimbangan berhubung pindaan enakmen tersebut.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa supaya membuat penilaian hak asasi manusia terhadap pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 yang diluluskan pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, 10 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM) dan Justice for Sisters (JFS) menyatakan kebimbangan berhubung pindaan enakmen tersebut.

“Pindaan kepada enakmen ini menambah lagi impak buruk terhadap wanita, anak muda, komuniti LGBT, dan lain-lain.

“Malaysia yang telah menyertai Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) mempunyai tanggungjawab untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Antara pindaan yang dipertikaikan termasuk tambahan Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah).

“Mengharamkan kehamilan luar nikah bukan sahaja meletakkan trauma, malah juga beban dan rasa malu pada mangsa keganasan seksual," kata kenyataan itu.

Tambah gabungan NGO itu, ia juga menyumbang kepada peningkatan perkahwinan bawah umur serta mengekalkan kitaran kemiskinan dalam kalangan perempuan.

Justeru, 10 NGO itu menggesa Suhakam supaya membuat penilaian impak hak asasi manusia terhadap versi terbaharu enakmen berkenaan.

Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat, sebelum ini dilapor berkata, pindaan itu bertujuan menambah baik enakmen tersebut yang merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.

Empat seksyen baharu itu melibatkan tambahan Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (perempuan berlagak lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat).

Komen : Bagi golongan ni kahwin bawah umur kununya meningkatkan kitaran kemiskinan tapi berzina dapat anak haram tak apa

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo