NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid tiada lagi keabsahan moral, mesti undur segera - Kata KJ


Bekas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan Ahmad Zahid Hamidi tiada lagi kebabsahan moral sebagai presiden Umno dan tidak layak membuat keputusan bagi pihak parti itu berkenaan pembentukan kerajaan.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Khairy juga menggesa presiden Umno itu supaya meletakkan jawatan.

"Perundingan pembentukan kerajaan baru tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi.

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden Umno dan mesti undur segera.

"Dia mungkin presiden atas nama, tetapi dia tidak mempunyai keabsahan moral lagi untuk membuat keputusan bagi pihak Umno," katanya pada hantaran di Twitter.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo