NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wee kecam Loke guna ECRL janji kempen PRU15

Wee Ka Siong berkata pembatalan projek ECRL membawa kerugian berbilion ringgit.

PETALING JAYA: Bekas menteri pengangkutan, Loke Siew Fook dikecam penggantinya, Wee Ka Siong kerana berjanji projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak akan dibatalkan, jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Wee berkata, PH menghentikan projek itu ketika ia berkuasa pada 2018, yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Presiden MCA itu turut mengkritik parti Loke dengan berkata: “Tipikal DAP untuk menjanjikan sesuatu yang telah dilakukan Barisan Nasional. BN sudah memulakan semula projek itu April tahun lalu, selepas kami menyelesaikan semua isu tertunggak.”

Loke ialah setiausaha agung DAP.

Wee mempersoalkan Loke kenapa menggunakan retorik berhubung ECRL semasa kempen PRU15, sedangkan beliau tahu segmen tertentu dalam laluan itu perlu dikecilkan.

“Kenapa Loke tidak bercakap mengenai kos variasi dan pengabaian untuk menukar penjajaran. Atau hakikatnya PH mengubah projek itu daripada formasi dua landasan kepada landasan tunggal sebagai sebahagian daripada ‘penjimatan kos’ mereka sebanyak RM10 bilion.

Katanya, Loke secara salah terus mendakwa jajaran utara projek itu, yang digemari kerajaan BN, akan menyebabkan kos lebih tinggi.

“Kos jajaran utara yang ditambah baik ketika tempoh saya, dikekalkan pada RM50.27 bilion selepas rundingan dengan kontraktor.”

ECRL sepanjang 665km akan merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor serta menyediakan jambatan darat yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang, dengan potensi untuk membenarkan kapal melangkau Singapura.

Pembinaannya bermula Ogos 2017, tetapi kerja digantung susulan pertukaran kerajaan pada 2018 dan disambung semula pada 2019.



Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo