NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

588 NGO Sokong Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri


CYBERJAYA – Sebanyak 588 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, lapor portal MalayasiaGazette.

Memetik laporan itu, wakilnya, Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara, Dr Hasan Hamzah berkata, pemilihan Ismail Sabri adalah bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia.

Menurutnya, Ismail Sabri dilihat mampu untuk memulihkan negara selepas mengalami tekanan daripada pandemik Covid-19.

“Pendirian kita mahu pemimpin yang boleh stabilkan ekonomi dan politik serta selesaikan masalah sejak 2018.

“Isu-isu yang tak sepatutnya timbul telah timbul. Isu titik bengik telah diperbesarkan dan kehidupan rakyat Malaysia yang jadi mangsa,” katanya, dalam sidang media bersama-sama gabungan NGO itu, di sini, hari ini.

Menurut Hasan lagi, kerajaan yang akan dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu stabil.

“Siapakah PM dan bagaimanakah yang harus disokong. Kita tidak mahu sebagaimana yang berlaku sebelum ini di mana wujud kerajaan 22 bulan, 17 bulan dan langkah itu ini,” katanya.

Dalam laporan sama, NGO Pertubuhan Sabar Bersama Rakyat Malaysia (BARA) menyeru agar pengundi menyokong Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Ismail Sabri diangkat sekali lagi sebagai Perdana Menteri.

“NGO Bara sokong penuh demi kesejahteraan dan kemakmuran negara kita. Kita wajib sokong Ismail Sabri sebagai PM. Saya akan arahkan keahlian NGO kita seramai 30,000 untuk sokong Ismail Sabri.

“Kita susah sehari jangan sampai kita susah lima tahun. Ada hikmah BN kalah pada 2018. Kita dapat lihat mana yang baik,” kata Presiden Bara, Datuk Anas Sudin dalam sidang media sama.

Turut serta pada sidang media itu adalah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Katanya, karisma Ismail Sabri ketika menjawat jawatan Perdana Menteri mampu menguruskan masalah negara dan mudah untuk berurusan.

“Kita perlukan keamanan di negara kita supaya kita boleh buat kerja. Kalau DAP naik saya rasa mahu jadi huru hara.

“Saya terima macam-macam aduan mengenai DAP, mengutuk dan pelbagai ceritanya.

“Kita kena tangani masalah ini kerana semakin hari DAP semakin kuat sehingga orang muda sudah mula sokong DAP,” katanya.

Antara NGO yang menyokong Ismail Sabri adalah Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Pengarah-pengarah Filem Malaysia (FDAM), Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Bina Kesejahteraan, Persatuan Bekas Polis Malaysia Wilayah Persekutuan, Yayasan Generasi Malaysia, serta Pertubuhan Prihatin Muhibah Kuala Lumpur.


Sumber I Suara Tv



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo