NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno takut jadi ‘picisan’ kepada PAS, Bersatu, kata sumber

Sumber dalam Barisan Nasional (BN) berkata, lagi lima tahun berdepan ‘scheme of things’ riwayat Umno mungkin tamat.

PETALING JAYA: Laporan mendakwa hanya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sahaja menyokong untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan adalah tidak tepat, menurut sumber dalam Barisan Nasional (BN).

Sumber itu berkata, pembentukan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) meletakkan Umno sekadar “picisan” kepada PAS dan Bersatu membabitkan perkara berkaitan kepentingan Melayu.

Sumber turut berkata, ramai Ahli Parlimen BN tidak menandatangani akuan berkanun menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, berbanding apa yang dilaporkan media.

“Selepas dua tahun berada dalam kerajaan Muhyiddin, Umno sudah berpecah dengan tindakan ‘scheme of things’. Dalam lima tahun lagi ‘scheme of things’ menjadikan Umno akan lenyap.

“Selain itu, ada dalam kalangan Ahli Parlimen Umno dan BN (Barisan Nasional) bimbang ketiadaan kerajaan pelbagai kaum memandangkan PAS mengetuai blok (PN), ini tidak baik bagi pelabur dan menarik keyakinan kepada ekonomi. Itulah sebabnya masih wujud dilema.”

Frasa “scheme of things” dipetik daripada rakaman audio yang dikatakan bocor dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada 2020.

Dalam rakaman itu, individu yang didakwa Muhyiddin menyatakan cadangan boleh mempertahankan kedudukannya bersama parti Melayu terbesar, Umno, menerusi tawaran antara lain kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai insentif mendapat sokongan.

Semalam, Muhyiddin menerima sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga memberi petunjuk beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN dengan menyatakan akan mempersembahkan akuan berkanun mendapat sokongan Ahli Parlimen sebagai bukti menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mempunyai sokongan mencukupi menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, BN menafikan ia berunding dengan PN dan GPS untuk membentuk kerajaan persekutuan, kata pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Istana Negara sudah memaklumkan kepada ketua parti gabungan untuk mengemukakan cadangan calon perdana menteri, pada 2 petang ini.

BN dan pimpinan Pakatan Harapan ketika ini sedang mengadakan pertemuan, di Hotel Seri Pacific.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo