NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH


KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tidak menolak idea pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Saravanan berkata, pembentukan kerajaan campuran antara BN dan PH itu boleh diterima bagi kestabilan pentadbiran.

"Kita di sini untuk melihat pihak mana yang akan disokong (bagi pembentukan kerajaan Persekutuan).

"Pertemuan ini bagi membincangkan pihak mana yang akan membentuk kerajaan untuk kerajaan yang stabil," katanya kepada pemberita, di sini.

Saravanan berkata, pihaknya menghadiri pertemuan di Hotel Seri Pacific selepas menerima jemputan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo