NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno akan dipulau jika salah buat keputusan, Noh beri amaran


PETALING JAYA:
Bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar meminta jawatankuasa perunding Barisan Nasional (BN) bertindak tegas berhubung kerjasama dengan gabungan lain untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Keputusan untuk menyertai mana-mana parti telah ditangguhkan.

“Jawatankuasa perunding harus tegas, bukan sekadar hanya untuk mendapat jawatan dalam kerajaan,” katanya di Facebook.

Beliau memberi amaran Umno akan dipulaukan orang Melayu, jika mereka membuat keputusan salah.

Noh juga kesal laungan “Hidup Melayu, hidup Umno!” kini tinggal sejarah.

“Salah buat keputusan orang Melayu pulaukan Umno. Dari 30 kerusi BN jangan sampai pilihan raya umum ke-16 (PRU16) nanti hanya tinggal tiga kerusi saja,” katanya.

Noh semalam meletak jawatan sebagai ketua Umno Selangor, selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas penyandang Parlimen Tanjong Karang sejak 1995 itu digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU15.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo