NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO adakan dua mesyuarat penting pada Ahad


SHAH ALAM :
UMNO dijadual akan mengadakan dua mesyuarat penting pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Katanya, Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri akan diadakan pada jam 12 tengah hari bertempat di Aras 38 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Sementara itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula dijadualkan jam 3 petang, di Aras 39 WTC.

“Dua mesyuarat penting yang mesti dihadiri ialah Mesyuarat Biro Politik UMNO (termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri) dan Mesyuarat MKT UMNO.

“Terima kasih atas kehadiran semua,” katanya.

Mesyuarat berkenaan berkemungkinan bagi membincangkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilihat tidak memihak kepada BN.

Setakat jam 1 pagi Ahad, keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan Pakatan Harapan (PH) mendahului lebih banyak kerusi Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) berbanding BN.

Bagaimanapun, beberapa calon BN berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Antaranya, termasuk Ahmad Maslan di Parlimen Pontian; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Norden (Kota Tinggi), bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam) dan Datuk Seri Azalina Othman (Pengerang).




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo