NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kemenangan PAS tanda tsunami anak muda'


MARANG:
Tsunami anak muda yang mahukan perubahan membawa kepada kemenangan bergaya buat PAS di Terengganu apabila berjaya menawan kesemua lapan kerusi Parlimen.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, berkata beberapa isu daripada parti lawan seperti salah guna kuasa turut menjadi penyumbang kepada kejayaan parti itu.

Beliau berkata, keputusan yang diperoleh PAS pada Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) adalah kehendak anak muda yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil seperti yang dilaungkan PN Best bertemakan 'Prihatin, Bersih dan Stabil.

Selain bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan besar yang dimenangi PAS di Terengganu, Husain turut berterima kasih kepada semua petugas parti Perikatan Nasional (PN) dan petugas media yang memberi liputan dan imej yang baik kepada PN sepanjang kempen pilihan raya.

"(Keputusan ini adalah) tsunami orang muda yang terkesan dengan salah guna kuasa yang diamalkan kepimpinan oleh UMNO dan BN di samping beberapa perubahan yang perlu diambil atau dibuat tindakan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.

"Yang keduanya, anak muda mahukan satu perubahan kepada iklim politik negara yang semakin hari semakin berkembang dan berubah dalam suasana politik sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan PRU15 dan Amanat Pimpinan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini.

Husain berkata, kemenangan PAS di semua Parlimen juga akan memberikan satu motivasi kepada PAS dan parti yang berada di dalam PN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

"Yakin tidak (menang di DUN) tetapi memberi satu motivasi kepada kita dalam menghadapi pilihan raya peringkat DUN nanti," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo