Ini satu pemikiran nak bodoh pengundi akhirnya merosakkan pemikiran agama sendiri.
PETALING JAYA: Bijak agama dan memahami perundangan Islam tidak semestinya menjadikan seseorang itu automatik cekap dalam tadbir urus atau pengurusan, kata seorang bekas timbalan menteri.
Fuziah Salleh berkata, tahap pemahaman tertentu diperlukan apabila melibatkan isu tadbir urus dan pengurusan.
“Orang baik tidak semestinya boleh menjadi pengurus baik. Menjadi ulama atau peguam tidak secara automatik membuatkan seseorang memahami tadbir urus baik,” katanya kepada FMT.
Fuziah, bekas timbalan menteri hal ehwal agama, mengulas video dimuat naik olehnya di TikTok baru-baru ini menunjukkan beliau berkata gabungan Islam dan tadbir urus baik akan membantu memperbaiki agensi Islamik.
Beliau malah menganggap ia sesuatu yang sukar, sekiranya tiada pemahaman tepat mengenai apa itu tadbir urus baik.
“Anda boleh berkhutbah, tetapi tidak semestinya bermaksud anda bagus menguruskan sesebuah agensi dan membetulkan sebarang kesilapan,” katanya.
Mengulas lanjut, Fuziah memberi contoh Menteri Alam Sekitar dan Air sementara, Tuan Ibrahim Tuan Man yang disifatkannya “kawan dan budiman”.
“Tetapi, itu tidak menjadikannya seseorang yang memahami amalan terbaik dan apa yang dimaksudkan dengan istilah itu.
“Contohnya, beliau mungkin diperdaya untuk menganggap tidak salah mengadakan rundingan langsung dalam keadaan beliau cuma menteri sementara,” katanya.
Fuziah berkata, penting untuk semua agensi kerajaan mengamalkan tadbir urus baik, termasuk agensi Islamik.
Beliau kemudian merujuk salah urus Tabung Haji (TH) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Kita tidak boleh mengandaikan agensi-agensi Islamik secara automatik akan diuruskan dengan amalan terbaik,” katanya.
Fuziah akan mempertahankan kerusi Kuantan untuk Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-15.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment