NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Faisal buat laporan polis surat sokong Anwar jadi PM

Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata surat yang didakwa daripada Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi itu harus disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 November, 2022.


BEKAS timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kesahihan kandungan surat yang mendakwa 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.

Beliau berkata surat itu yang tular hari ini didakwa daripada Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Surat bertarikh 22 November 2022 menggunakan kepala surat BN itu turut didakwa ditandatangani Zahid.

“Memang patut surat itu disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di Putrajaya, hari ini.


Tun Faisal berkata surat yang kononnya dihantar kepada  Al-Sultan Abdullah itu susulan hasil keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun, ahli Dewan Tertinggi BN termasuk Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa ada sokongan terhadap mana-mana pihak.

“Tiada sebarang keputusan yang berubah selain keputusan menjadi pihak yang berkecuali,” katanya.

Tun Faisal berkata Zahid mesti bertanggungjawab atas kandungan surat itu yang jelas telah membelakangi bukan sahaja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

Ditanya sama ada aduan dibuat kepada MKT berhubung surat itu, Tun Faisal berkata beliau berharap MKT dapat mengusulkan untuk mengambil tindakan displin terhadap Zahid kerana melanggar serta membelakangkan keputusan parti. – Bernama, 23 November, 2022.






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Bila BN nk ambik tindakan disiplin kt wak jahid ni?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo