NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuduhan undi awal, dibayar RM300, Ismail minta Anwar mohon maaf kepada tentera


BERA:
Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim kononnya anggota tentera di sini, didakwa mengundi awal hari ini dan dibayar adalah fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, dakwaan Anwar juga mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghina anggota tentera bukan hanya di Bera, malah di seluruh negara yang selama ini berkhidmat mempertahankan negara serta dihormati masyarakat.

“Tuduhan mengatakan tentera dibayar ini tuduhan jahat. Jangan hina anggota tentera. Saya minta Anwar tarik balik tuduhan tersebut dan minta maaf, bukan pada saya tetapi kepada anggota tentera kerana tuduh mereka terima wang dan sebagainya,” katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Moh Ngeteh bersama komuniti Orang Asli di Kampung Bongkok di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Anwar yang disiarkan sebuah portal berita kononnya terdapat kem tentera terutama di Bera, yang melaksanakan undian awal hari ini, selain dikatakan dibayar RM300.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo