NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon bebas Parlimen Tenom masuk PKDM


KOTA KINABALU:
Calon bebas kerusi Parlimen Tenom, Riduan Rubin, hari ini, menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM).

Sumber dalaman PKDM ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, borang keahlian disampaikan sendiri oleh Riduan kepada presiden parti itu, Peter Anthony yang ditolak pencalonannya untuk bertanding di Tenom, baru-baru ini.

Katanya, seluruh jentera PRU15 PKDM kini akan digerakkan sepenuhnya untuk membantu memenangkan Riduan di Tenom.

“Ya betul (Riduan menyertai PKDM), majlis ringkas penyerahan borang keahlian kepada presiden parti diadakan di Tenom, hari ini.

“PKDM akan menggerakkan jentera PRU15 di Tenom untuk membantu Riduan berkempen, cuma kami tidak boleh menggunakan bendera atau logo PKDM pada setiap kempen,” katanya kepada FMT.

Riduan yang menggunakan simbol gajah adalah anak kepada ADUN Kemabong, Rubin Balang.

Rubin yang menang sebagai calon bebas pada pilihan raya negeri (PRN) 2020, kemudian menyertai Bersatu.

Pada 5 Nov lalu, pencalonan Peter untuk bertanding di Tenom ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyebabkan kekecohan di pusat penamaan calon.

Peter ketika ditemui, baru-baru ini mendakwa, penolakan pencalonannya disebabkan oleh “tangan ghaib” dari Kuala Lumpur yang sengaja tidak mahu beliau bertanding pada PRU15.

Beliau juga memberitahu akan menghantar petisyen kepada mahkamah bagi membantah keputusan SPR itu dan yakin keputusan berpihak kepadanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo