NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan rumah di ambang penyingkiran selepas dibenam Senegal

Bamba Dieng (tengah) sujud di tengah padang meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia kumpulan A antara Qatar dan Senegal, di Stadium Al Thumama, Doha, Qatar, 25 Nov 2022. (AP)


QATAR 1 SENEGAL 3
Tuan rumah, Qatar, berisiko tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2022 selepas tewas 1-3 kepada Senegal dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Al Thurmama malam tadi.
Selepas dikalahkan Ecuador 0-2 dalam perlawanan pembukaan Isnin lalu, pasukan Timur Tengah berkenaan akan sah tersingkir seandainya Belanda tidak tewas kepada Ecuador dalam satu lagi perlawanan awal pagi ini.
Juara Afrika, Senegal, menguasai sebahagian besar babak pertama dan berhasil memecahkan kebuntuan jaringan menerusi penyudah Boulaye Dia, yang memanfaatkan kesilapan Boulem Khouki pada minit ke-41.
Harapan tuan rumah untuk merencanakan kebangkitan dalam babak kedua, bagaimanapun, direntap lawan apabila bekas penyerang Bristol City, Famara Diedhiou, menanduk masuk gol kedua Senegal, hanya tiga minit selepas perlawanan bersambung.
Muhammed Muntari kemudian merapatkan kedudukan buat Qatar pada minit ke-78 tetapi jaringan Bamba Dieng berselang enam minit selepas itu ternyata membunuh peluang pasukan bimbingan Felix Sanchez berkenaan untuk mendapatkan mata pertama.
Qatar akan menamatkan peringkat kumpulan dengan bertemu Belanda pada Selasa ini manakala Senegal pula akan membuat perhitungan penting dengan Ecuador pada hari dan waktu yang sama.

Sumber I Astro Awani 







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo