NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim-Wan Rosdy adakan perbincangan


KUANTAN:
Wakil Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengesahan perbincangan itu dimaklumkan oleh Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

"Berkaitan pembentukan kerajaan negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN Datuk Seri (Tuan Ibrahim) sudah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Pahang (Wan Rosdy).

"Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya," kata Saifuddin.

Menerusi kenyataan media semalam, Majlis Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden Pas untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN Pahang memperoleh 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Berbanding BN, yang hanya memperoleh 16 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh lapan kerusi pada pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada rundingan yang dilakukan tiga parti berkenaan iaitu PN, BN dan PH dalam membentuk kerajaan.

Perbincangan berkenaan boleh dilaksanakan antara PN-BN atau BN-PH.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo