NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim saman Rafizi

Tuan Ibrahim (kiri) dan Rafizi. - Foto NSTP

JERANTUT: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli selepas Timbalan Presiden PKR itu gagal memohon maaf dalam tempoh tujuh hari dan menarik balik kenyataan berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dibuat selepas pembubaran Parlimen.

Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan berkenaan saman fitnah setebal 73 muka surat oleh Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air itu dibuat menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada jam 4 petang semalam.

"Seperti umum ketahui, saya telah menghantar Notis Tuntutan bertarikh 10 November 2022 kepada Rafizi atas kenyataan beliau yang sangat tidak bertanggungjawab dan memfitnah saya," katanya.

Tuan Ibrahim berkata beliau sudah memberikan masa tujuh hari untuk Rafizi memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, Rafizi tidak memberikan sebarang respons bertulis kepada peguamnya sebaliknya mengambil tindakan berterusan memfitnah dengan kenyataan demi kenyataan yang tidak berpaksi kepada kebenaran.

Beliau berkata, rakyat sudah tentu ingat bagaimana Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan daripada kerusi Menteri Besar Selangor kerana taktik fitnah. 

Katanya, tindakan saman itu demi menghentikan budaya politik fitnah, sekali gus mencari keadilan dan kebenaran. 

"Perbuatan Rafizi yang membuat tuduhan jahat, penyelewengan fakta dan penipuan yang jelas bertujuan untuk memfitnah dan menghancurkan kredibiliti saya dan PAS di ambang pengundian pada 19 November (esok) .

"Saya berharap mereka yang telah difitnah Rafizi turut mengikut jejak saya. Insya-Allah, saman itu telah diterima oleh mahkamah dan peguam saya akan menyampaikan saman kepada Rafizi. 

"Saya berharap Rafizi berani berhadapan dengan proses mahkamah mengikut lunas undang-undang, dan bukan hanya berkokok melaungkan fitnah di media-media sosial dan pentas ceramah," katanya.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo