NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Australia tuduh Putin sorok pembunuh, minta Rusia serah tiga lelaki tembak jatuh MH17

Wong turut memberi amaran bahawa dunia tidak akan melupakan keputusan mahkamah bahawa Rusia dan dua rakyatnya bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa MH17. -Gambar fail/Bernama

CANBERRA: Menteri Luar Australia menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin "melindungi pembunuh" dan menggesa Rusia menyerahkan tiga lelaki yang didapati bersalah kerana menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada tahun 2014.
"Dunia tahu anda menyembunyikan pembunuh dan itu jelas menunjukkan sikap anda, Putin," kata Penny Wong pada Jumaat.
Wong turut memberi amaran bahawa dunia tidak akan melupakan keputusan mahkamah bahawa Rusia dan dua rakyatnya bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa MH17, lapor The Guardian.
Katanya lagi, dunia sedia maklum ketiga-tiga lelaki itu "membunuh 298 mangsa" dan mereka akan "kekal dalam senarai Interpol dan tiada apa pun yang akan menghapuskan hukuman itu."
Kenyataan itu dibuat susulan keputusan mahkamah Belanda yang mendapati warga Rusia, Igor Girkin dan Sergey Dubinskiy serta Leonid Kharchenko dari Ukraine bersalah kerana menembak jatuh pesawat malang tersebut dan membunuh kesemua penumpang dan kru.
“Saya ingin beritahu semua ahli keluarga dan rakan-rakan bahawa kami memahami kesedihan yang tidak terduga ini.
"Kami tahu anda telah menunggu lama untuk memperoleh keadilan.
“Keputusan ini penting kerana mereka mengesahkan kebenaran, bahawa lelaki ini bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penerbangan awam.
"Ia juga mengesahkan penglibatan Rusia … (di mana) kumpulan pemisah mendapat arahan dari Rusia... Rusia membekalkan latihan, senjata dan wang.
"Jadi, walaupun saya tahu ia tidak dapat mengurangkan kesedihan kehilangan orang tersayang, namun kebenaran akhirnya terserlah," kata Wong kepada Radio National.

Sumber I Astro Awani 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo