NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim hantar wakil penamaan calon DUN Cheka


LIPIS:
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man cuma menghantar wakilnya, Saludin Endol semasa proses penamaan calon bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Timbalan Presiden Pas itu tidak dapat hadir kerana beliau juga menghadiri penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kubang Kerian selaku penyandang kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Saludin tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan wakil calon masuk ke dewan bagi menghantar borang penamaan calon.

Beliau cuma diwakili oleh pencadang, Muhaider Mohamed Kasim dan penyokong, Mohd Shakri Yusoh.

Tuan Ibrahim mencetuskan fenomena baharu dalam landskap politik Pahang apabila diumumkan oleh Majlis Tertinggi PN untuk bertanding di DUN Cheka pada PRU15.

Sementara itu, Saludin yang juga pernah bertanding di DUN Cheka pada PRU14 lalu memberitahu, beliau memberi penghormatan kepada Tuan Ibrahim untuk bertanding di kerusi itu kerana tokoh Pas tersebut merupakan nama besar dalam arena politik tanah air.

Saludin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Lipis berkata, selepas tewas pada PRU14 lalu, beliau memilih untuk memperlahankan karier politiknya dan bergiat di belakang tabir perjuangan Pas.

"Selain itu, saya juga ingin menumpukan perhatian pada keluarga selain turut mengisi masa lapang dengan berkebun," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon itu.

Saludin berkata, Tuan Ibrahim akan terus memulakan kempen dengan hasrat untuk memfokuskan kepada bidang pembangunan dan kebajikan rakyat, seperti yang dilakukan di Parlimen Kubang Kerian.

"Saya yakin Pas Lipis dan PN akan terus bekerja keras semasa tempoh kempen ini untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Tuan Ibrahim selaku calon PH bagi kerusi DUN Cheka," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo