NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Demo ingat ambo dok reti perature ke?" - Tuan Ibrahim Jawab Fitnah Lulus Projek Lebas Bubar


LIPIS:
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.

Timbalan Presiden Pas itu menegaskan, beliau juga tidak meluluskan sebarang projek baharu.

"Mana boleh lulus peruntukan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara. Saya nak tegaskan saya tidak pernah luluskan projek dalam tempuh kerajaan sementara.

"Kalau ada bukti buatlah laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), jangan buat fitnah macam itu," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Perikatan Nasional (PN) Lipis, di Taman Cahaya, malam ini.

Yang turut hadir, calon PN kerusi Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Sharom Osman.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Rafizi mendakwa kementerian itu dalam proses untuk menganugerahkan projek secara runding terus kepada kontraktor yang dilantik.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan itu sama sekali melanggar undang undang kerana tiada sebarang keputusan aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara, selain mendakwa mendapat maklumat bahawa projek itu dalam proses untuk diluluskan dalam tempoh dua minggu ini.

Tuan Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah campur tangan urusan pemberian tender.

"Malah, saya akan pastikan semua projek yang diluluskan kementerian mengikut semua prosedur kewangan.

"Saya tegaskan saya tidak pernah campur tangan dalam sebarang pemberian tender. Jawatankuasa tender yang urus.

"Saya tidak pernah tanya pun ketua setiausaha. Ikut prosedur, ikut peraturan, siapa yang layak siapa yang dapat proceed (teruskan).

Sehubungan itu Tuan Ibrahim berkata, beliau akan meminta peguamnya melihat dari aspek undang undang mengenai dakwaan Rafizi itu.

"Tetapi dia berselindung dengan ayat di sebalik, saya difahamkan, saya dimaklumkan, saya diberitahu, yang sukar diambil tindakan undang undang," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo