NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tokoh pendidikan, Sidek Baba meninggal dunia



PETALING JAYA:
Tokoh pendidikan, Prof Sidek Baba meninggal dunia pada usia 76 tahun.

“Telah pulang ke rahmatullah Cikgu Dr Sidek Baba jam 7 lebih tadi. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah. Al-Fatihah,” menurut catatan bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad di Facebooknya.

Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun 1946, pernah menjadi guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama lima tahun.

Beliau yang menghasilkan banyak buku dan artikel dalam media tempatan, adalah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan.

Sidek dilantik sebagai timbalan dekan akademik Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan dekan Pusat Matrikulasi dari 1992 hingga 1994, serta timbalan rektor UIAM dari 1994 hingga 2002.

Sidek merupakan bekas rakan karib Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka pernah berjuang bersama dalam ABIM.

Tetapi, Sidek membuat kejutan pada 2013 dengan meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat.






........
Komen: Sebelum meninggal beliau sempat mendedahkan temberang Anwar Ibrahim




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo