NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Mat nak bodoh pengundi kononnya Agong akan pilih PM


Memang Agong yang mengsahkan. Tapi yang cadang adalah parti. Kalau parti UMNO tak masukkan nama Ismail Sabri bagaimana Agong nak pilih Ismail Sabri. Yang ada Zahid sahaja? Agong hanya mengesahkan aje.


.....
PETALING JAYA:
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan meminta pengundi tidak bimbang siapa yang bakal menjadi perdana menteri, susulan spekulasi Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi mungkin dilantik ke jawatan itu, jika BN menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Calon BN untuk Parlimen Rembau itu dipetik Sin Chew Daily sebagai berkata, akhirnya terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri, berdasarkan gabungan yang membentuk kerajaan.

Mohamad yang dikenali sebagai Tok Mat mendakwa Pakatan Harapan (PH) lebih mementingkan calon perdana menteri BN daripada kebajikan rakyat.

Katanya, BN mempunyai ramai pemimpin berpengalaman yang mampu memastikan negara ditadbir dengan baik, sekiranya gabungan itu memenangi PRU15.

“Dalam pilihan raya umum ini, ramai calon BN dan Umno mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam ekonomi dan hal ehwal antarabangsa,” kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu.

Sebelum ini, beberapa pemimpin BN tampil mengulangi Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri gabungan itu untuk PRU15.

Namun, tindakan itu tidak menghalang pemimpin pembangkang, termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad daripada mendakwa Zahid akan menjadi perdana menteri, sekiranya BN memenangi PRU15.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo