NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tangkap 2 orang sebar kertas undi pos bagi calon Parlimen Gua Musang


PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan berhubung penyebaran kertas undi pos bagi calon Parlimen Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-duanya yang berusia 20-an dan 50-an itu ditahan pada 11.30 malam serta 2 pagi tadi di Gua Musang, susulan penyebaran kertas undi pos calon menerusi aplikasi WhatsApp.

“Penyebaran kertas undi pos itu mungkin menjejaskan atau sedikit sebanyak mengganggu perjalanan pilihan raya umum ke-15.

“Polis akan berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan sedang dilakukan, termasuk motif penyebaran kertas undi pos itu.

Katanya, dua lelaki itu direman tiga hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 317 J Akta Kesalahan Pilihan Raya serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Zaki berkata, 58 laporan polis diterima sehingga hari ini membabitkan pelbagai kesalahan, namun hanya tiga kertas siasatan dibuka, iaitu penyebaran kertas undi pos di Gua Musang, perbuatan khianat merosakkan bendera di Bachok dan laporan polis daripada calon Pengkalan Chepa berhubung kelulusan pendidikan.

“Tiada saksi yang melihat perbuatan khianat bendera dan kes dalam siasatan kerana ia akan menimbulkan provokasi dan serius.

“Perbuatan khianat merosakkan bendera parti disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK), manakala laporan polis calon berhubung tular kelulusan calon dibuka mengikut Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 AKM.”

Dalam pada itu, katanya, 121 permohonan permit ceramah diterima daripada semua parti bertanding hingga kini dan semuanya diluluskan, termasuk kempen dari rumah ke rumah pengundi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo