NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak rasa malukah Anwar dan Azizah?

Pelik rasanya bila diperhatikan kepada kedua pasangan ini. Suami isteri bagaikan tidak terasa apa-apa, demi mengejar impian menakluki Malaysia dengan ideologi mereka yang jauh dari Islam. 

Kenapa jauh dari Islam? Buktinya dalam manifesto PRU-15 PH kali ini, Islam diibaratkan sebagai melukut di tepi gantang sahaja, tidak menjadi keutamaan. Malah mungkin boleh dikatakan tidak dipedulikan.

Ironinya Anwar sering mendakwa beliau adalah seorang Islamis. Rapat dengan tokoh-tokoh Islam dunia. Sanggup membawa mereka ke Malaysia, jika ada pertikaian dengan ulamak di sini. Yalah, mungkin sudah ketandusan ulamak di Malaysia yang mahu menyokong dia, sebab majoriti ulamak Malaysia mengenali dirinya. Contoh ketika isu Wan Azizah mahu menjadi MB, Anwar bawakan seorang ulamak negara arab, bagi menyokong hasratnya itu.

Anwar mendakwa sebagai kawan baik almarhum Yusof Al-Qaradhawi, namun gagal membawa agenda memartabatkan Islam. Mendakwa rakan akrab almarhum Dato’ Fadzil Noor, mantan Presiden PAS, tetapi tidak membawa visi Islam Ustaz Fadzli yang kita tahu dan nampak, hanya Presiden PAS sebagai rakan sejati yang membawa obor perjuangan Islam allahyarham. Anwar meninggalkan perjuangan allahyarham Ustaz Fadzil, dan masuk Umno. Bagaimana mendakwa mereka bersama memperjuangkan Islam?

Melaung-laungkan nama allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai orang yang dekat dengan dirinya dan konon memahami susur galur dakwah Islam allahyarham. Namun, sewaktu hayat allahyarham, Presiden Pas lah yang menjadi nadi kepada dakwah Islam melalui PAS. Kedua mereka bergerak seiringan, masing-masing tegur menegur dan hormat menghormati sehingga akhir hayat TGNA. Tanpa rasa malu, Anwar menggunakan nama TGNA demi undi, tanpa mengikutpun jejak langkah allahyarham.

Sambil Anwar telah banyak kali dipermainkan, ditipu oleh Tun Mahathir, dia tetap tidak terasa malu diri dengan mendakwa masih berkebolehan menjadi PM. Sedangkan orang semua sudah tahu siapa di belakangnya, jika PH menang. Dia tetap ke hulu ke hilir menipu rakyat. Dalam masjid dia boleh berceramah, walaupun tiada tauliah. Sebaik keluar masjid, dia mula berjoget, mahu menunjukkan kemampuannya yang serba boleh. Mungkin ini pencarian dunia akhirat menurut cara dia.

Wan Azizah juga sudah hilang malunya kerana terikut dengan suaminya yang gila mahu menjadi PM. Mungkin kerana terlalu seronok mendapat jawatan TPM, iaitu jawatan yang sama dengan suaminya dahulu dan berkebetulan dengan PM yang sama, maka segala malu, dia ketepikan. Ketika Langkah Kajang, dia menerima cadangan untuk menjadikan dirinya sebagai MB Selangor. Walaupun tahu allahyarham TS Khalid tidak bersalah, dia tetap mahukan jawatan MB itu, setelah Anwar dipenjara.

Wan Azizah berkeras menghantar namanya sahaja dengan sokongan DAP, sebagai calon tunggal pilihan Pakatan Rakyat kepada Sultan Selangor. Sedangkan Sultan mengarahkan mesti lebih dua nama. PAS boleh sahaja memahami arahan mudah tuanku itu, lalu menghantar tiga nama. Dan PAS bertegas, Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor kerana tiada keupayaan. Mereka tiba-tiba marahkan PAS kerana tidak menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal. Begitulah kegilaan mereka dengan jawatan.

Dia juga tanpa kisah, mengosongkan kerusinya untuk suaminya bertanding, menyebabkan jutaan ringgit wang rakyat hilang. Bahkan bukan sekali Anwar menyuruh anak buahnya mengosongkan kerusi, hanya untuk dia bertanding. Mereka juga memaksa rakan sepakatannya menyokong dirinya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga menyokong, kerana sering dia menjanjikan sesuatu bagi kebaikan pakatan, kononnya.

Hasrat Anwar untuk bergelar Perdana Menteri, tidak pernah padam. Sentiasa meminta jawatan itu yang sudah banyak kali ditegur oleh Presiden PAS, semenjak mereka bersama lagi. Anwar masih lagi dengan agenda yang sama dalam PRU-15 ini, menaikkan diri sendiri sebagai PM. Oleh kerana itulah, segala rasa malu, dia ketepikan. Insyaallah dia akan gagal.

Wan Azizah kini bertanding di kerusi Bandar Tun Razak. Kebetulan kerusi itu adalah tinggalan allahyarham TS Khalid Ibrahim. Sepatutnya pengundi di sana yang menyokong allahyarham TS Khalid, mengajar Wan Azizah bersama suaminya, atas nama memberikan pelajaran yang terbaik, selepas mereka berdua sepertinya tidak tahu dosa pahala dalam berpolitik. Fitnah, menipu, janji kosong, mengenepikan agenda Islam, itulah bentuk mereka berpolitik, demi kerana jawatan PM. Nama rakyat hanyalah sebagai umpan.

Mohd Nasir Abdullah
16 November 2022

#PNBest
#BersihdanStabil


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo