NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada Parti Politik yang menguasai Kerusi Parlimen... Tapi hanya PAS sahaja untung


Esok nak mengundi, macam-macam analisis dan ramalan telah dikeluarkan. Kononnya daripada itu dan daripada ini.

Ilham Center mengeluarkan kajiannya tiada satu pun daripada tiga gabungan utama akan memperoleh majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata sebuah badan pemikir, walaupun Pakatan Harapan diramal memenangi 86 kerusi.

Dua lagi gabungan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mungkin memenangi 51 dan 25 kerusi, kata Ilham Center.

Tapi boleh percaya ke? Tuan punya Ilham tu orang kuat AMANAH. Saya lebih suka kajian Merdeka Center. Nampa pro sikit. Tapi Zahid Hamidi tak setuju.

Barisan Nasional (BN) enggan ‘ambil pusing’ dapatan kajian pihak tertentu yang mendakwa sokongan pengundi Melayu sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kajian yang boleh diterima pakai hanyalah dari institusi bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Calon BN bagi Parlimen Bagan Datuk itu mempersoalkan hasil kajian institusi yang menerima dana daripada parti politik.

Sebelum ini, kajian Merdeka Center, baru-baru ini, melaporkan sokongan pengundi Melayu lebih memihak kepada PN iaitu sebanyak 35%, manakala sokongan pengundi Melayu kepada BN adalah lebih rendah iaitu 28%.

Kesimpulannya PH akan mengalami kemerotan.
DAP juga mengalami kekurangan kerusi
BN mengalami kekurangan Kerusi
BERSATU juga..
GTA, Muda dll pecah kerusi...
Tinggal PAS aje?? Yang mungkin bertambah kerusi.

Saya tertarik penulisan kawan saya Fathi Aris Omar. Saya lebih tertarik dengan seorang lagi kawan saya Ahmad Lutfi Othman, tapi malangnya beliau sudah meninggal dunia.

Fathil menulis...

Apa yang tersirat daripada perang senyap di balik tabir PN antara PAS dan Bersatu?

1. PAS jangka PN tidak akan menang besar, tidak mampu bentuk kerajaan sendiri. Sekali gus menolak retorika PN kononnya ia sudah capai 112 kerusi.

2. PAS yakin kerusi yang bakal dimenanginya jauh lebih besar dan signifikan daripada Bersatu. Maka ia berhak tentukan hala tujunya selepas PRU15.

3. BN juga diramal hadapi jalan sukar bentuk kerajaan. Majoriti undi penyokong BN dijangka berpindah kepada PAS (dan sedikit Bersatu) atas nama busuk Umno yang dilanda rasuah.

4. Kerajaan baharu dijangka sangat tidak stabil kerana masing-masing tiga parti ini (walau berjaya buat kerajaan campuran) akan berebut jawatan perdana menteri. Sekali gus menentukan barisan menteri dan kementerian penting.

5. Dalam PRU ini, PAS berjaya meraih beberapa keuntungan (a) curi sokongan bekas penyokong Umno, (b) curi sokongan bekas penyokong HARAPAN yang kecewa, (c) tumpang sokongan pengikut Bersatu. Sebab itu, PAS jadi talam bermuka dua: wajah PAS di tiga negeri kubunya dan wajah PN di negeri-negeri lain.

6. PAS tidak pernah melupakan hasrat bersama Umno melalui Muafakat Nasional (MN). Malah idea kerajaan perpaduan PAS-Umno sudah dirintis sejak (selewat-lewatnya) 2007, sebelum PAS bersama Pakatan Rakyat.

7. Bersatu kelihatan bakal tersepit, sekadar sekutu kecil di celah-celah BN dan PAS. Malah jika PAS berjaya kumpul lebih banyak kerusi daripada Umno, ia mungkin muncul sebagai tonggak utama negara. Pemimpin PAS akan jadi PM -- daripada kingmaker terus jadi king!

8. Hasrat Bersatu untuk menguasai negara runtuh berantakan. Ia sekadar jadi alat Umno kembali berkuasa seperti Bersatu jadi alat PAS untuk menjaring undi. Tetapi jika PN lemah, maka kedua-dua PAS dan Bersatu sekadar alat Umno meneruskan kebobrokannya.

9. Oleh kerana tiga parti ini sulit bergabung dengan HARAPAN, pilihan yang ada nanti tinggallah kerjasama dengan parti-parti Sabah dan Sarawak. Senario ini mudah terjadi jika HARAPAN menang lebih 100 kerusi pada 19 November ini.

Penulisan seseorang bergantung latar belakang dan fahaman penulis itu sendiri. Fathi dulu berfikrah IRC kemudiannya menjadi macam librael setelah mengalami masalah... Jadi dia menulis dengan cara dia berfikir. Kita sekadar mengulas aje. Walaupun tulisan ini sekali baca nampak macam kutuk PAS dan PN tetapi sebenarnya FAO telah memberikan info tentang kelebihan strategi PAS.

Macam saya kata pemahaman seseorang atas tulisan itu berbeza. Misalnya Mohsin Abdullah menjadi penulis tetap di FMT telah mengulas tulisan Fathil dengan tajuk PAS aset atau liabiliti untuk PN? Itu sesuai dengan dirinya yang lebih pro kepada UMNO.

Saya pun nak ulas juga...

Tapi poin-poinnya adalah ditulis daripada Fathil Aris Omar. Apa pun terjadi tak cukup kerusi nak bentuk kerajaan. Semua parti akan mengalami kehilangan kerusi kecuali PAS .Kerusi PAS akan bertambah kerana beberapa faktor iaitu

1. Perpecahan UMNO sebenarnya seluruh negara tetapi ketara Kelantan, Perlis, Terengganu dan Pahang. Perpecahan ini mengukuhkan PAS di negeri-negeri berkenaan.

2. Kelemahan Bersatu disebabkan ada yang kembali kepada UMNO, tetapi masih ada penyokong BERSATU memihak kepada PAS.

3.  Penyokong PH yang kecewa 22 bulan pemerintah PH. Ada dikalangan mereka kembali kepada UMNO tetapi sebahagiannya berbalik kepada PN termasuk PAS terutama di Selangor.

4.  Penyokong DAP yang kecewa, ada sebahagiannya tidak keluar mengundi dan ada walaupun kecil memberikan sokongan kepada PN termasuk PAS kerana PAS ada 2 calon bukan Islam Cina. Walaupun peratus ini kecil maybe tak sampai 1% tetapi hakikatnya DAP menurun PAS meningkat.

5.  Jentera pilihanraya PAS menjadi makin kuat dengan bantuan PN.

Walaupun parlimen tergantung... apa-apa keputusan kajian dibuat, PAS masih boleh memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. Orang sibuk nak gabung tapi PAS dapat Perlis dan Kedah... silap-silap Pahang. Itulah parti Pak Lebai yang 'koma' kutuk selalu...

NASIR RAMLEE





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo