NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terserah kepemimpinan GPS putuskan jawatan TPM - Alexander



KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan pada pucuk pimpinan parti tersebut isu berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata isu berkaitan jawatan itu hanya boleh diputuskan pucuk pimpinan parti itu yang akan dibuat tidak lama lagi.

"Perkara itu, saya serahkan kepada keputusan pihak pimpinan utama dalam GPS.

"Setakat ini saya tidak ada komen berkaitan hal tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Media melaporkan Perdana Menteri, memberi bayangan berkenaan dengan Kabinetnya, terutama membabitkan jawatan TPM.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keutamaan akan diberikan kepada parti komponen terbesar dalam kerajaan perpaduan pimpinannya iaitu Barisan Nasional (BN) dan GPS yang masing-masing memperoleh 30 dan 23 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut berkenaan harapan GPS terhadap kerajaan perpaduan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) itu berkata kebersamaan hak rakyat Sarawak tanpa sempadan dalam semua perkara akan diutamakan. 

Katanya, melalui kerajaan perpaduan ini, pihaknya berharap hak rakyat Sarawak dapat dipertingkatkan termasuklah pembangunan infrastruktur, perkhidmatan awam dan swasta, pendidikan serta perubatan kesihatan.

"Selain itu, harapan saya untuk melihat lebih ramai pegawai pekhidmatan awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat diberi peluang kepada rakyat Sarawak yang sebelum ini masih kecil bilangannya.

"Kita yakin ramai penjawat awam dan swasta terdiri daripada masyarakat Bumiputera Sarawak mempunyai kredibiliti dan layak untuk memegang jawatan tersebut," katanya.

Beliau berkata lagi, pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sangat penting bagi negara ketika ini bukan sahaja bagi memulihkan ekonomi negara malah mewujudkan kestabilan politik dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Katanya, dalam usaha memberikan yang terbaik untuk negara, isu sensetiviti kaum dan agama tidak timbul sebaliknya diingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara harmoni tanpa permusuhan mengikut bangsa.

"Sebagai pemimpin daripada masyarakat kaum Dayak saya juga berharap kerajaan yang dipimpin Anwar akan membawa sinar harapan kepada rakyat terutama negeri Bumi Kenyalang. 

"Semoga masyarakat Dayak diberi layanan yang lebih baik sebelum ini baik daripada bidnag pendidikan, perkhidmatan awam dan laluan terbuka untuk mereka menerajui perniagaan.

"Anak-anak Dayak juga perlu diberi hak pendidikan yang sama ada peringkat sekolah dan juga pengajian tinggi sama ada di Universiti Awam (UA) atau swasta," katanya lagi.


Sumber I BH Online








........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo