NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terkini - PN sudah kemuka SD lebih 112 Ahli Parlimen sokong Muhyiddin jadi PM


KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen.

"Parti PN sudah mengemukakan SD daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo