NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak bergiat dengan PH banyak tahun pun ada harta 19 juta


Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian.

Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.

Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insuran di Prudental. 

Bagaimanapun jumlah ini sangat sedikit berbanding pelaburan di Invoke.

Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.

Selain itu, aset lain diisytihar termasuk:

  • Tunai dan simpanan: RM1.17 juta

  • Dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor: RM1.6 juta

  • Kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord: RM110,00

Dia juga mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.

Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.

Sementara itu, kata Rafizi, pengisytiharan harta calon-calon lain PKR akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula petang esok.

Dia juga akan menyentuh perkara itu dalam sidang media kempen pilihan raya umum PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya esok.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo