NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sungai Sintok lepasi paras bahaya

Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan di Sungai Sintok yang kini melebihi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi. FOTO IHSAN APM


Kubang Pasu: Paras air di Sungai Sintok dilaporkan sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat selama lapan jam, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, hujan lebat bermula sejak jam 2 petang berterusan sehingga sekarang.

Beliau berkata, namun paras air di sungai lain di daerah ini masih dalam paras terkawal.

"Namun, anggota APM Kubang Pasu di lapangan masih melakukan pemantauan ketika ini dan dalam keadaan bersiap sedia.

"Pemantauan anggota kami dilakukan di Sungai Temin, Sungai Sintok, Kampung Changkat Setoi dan Kampung Belukar di Mukim Temin serta Sungai Lubok Batu di Mukim Pelubang.

"Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini malah hujan masih renyai pada ketika ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berhampiran Sungai Sintok supaya berhati-hati selain mengambil langkah bersiap sedia sekiranya kediaman mereka dinaiki air.


Sumber I Harian Metro






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo