NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Sudah cukup, tunggu jemputan’ – Abdul Hadi


KUALA LUMPUR:
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan gabungan berkenaan menunggu jemputan Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, PN juga telah memperoleh jumlah sokongan Ahli Parlimen melebihi daripada majoriti yang ditetapkan.

“Tunggu dijemput, diundang bila-bila masa sahaja. Ya tunggu sahaja.

“Sudah cukup (sokongan Ahli Parlimen), melebihi daripada cukup. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita ketika meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

Terdahulu beberapa buah kenderaan dipercayai membawa pimpinan beberapa parti dilihat memasuki dan meninggalkan kediaman Muhyiddin sejak pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang kemudian meninggalkan kawasan berkenaan pada pukul 1.15 petang tadi. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo